Sunday, October 25, 2009

PICASA 3



ini merupakan hasil 'collage' yang telah dicipta dengan menggunakan perisian PICASA 3

PICASA 3 merupakan satu perisian yang sangat sesuai untuk seseorang yang cintakan kerja-karja mengedit gambar, membuat video dan sebagainya.Ia merupakan satu perisian yang agak menarik untuk digunakan.
Cara penggunaan perisian ini telah diajar oleh En Junaidi di bawah pemantauan pensyarah Cik Asmayati Yahaya.
Perisian ini biasanya digunakan untuk mengedit gambar-gambar yang ditangkap supaya kelihatan cantik ataupun untuk menambah aksesori-aksesori lain pada gambar tersebut contohnya tulisan atau tajuk gambar.Pengguna juga dapat menyusun gambar-gambar secara kreatif dengan membuat 'collage'.Selain itu pengguna juga berpeluang untuk membuat video dengan menggunakan perisian ini.
Untuk para guru, penggunaan PICASA 3 merupakan salah satu perisian canggih yang boleh digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang secara tidak langsung dapat menarik minat pelajar untuk belajar.Contohnya guru boleh menggunakan perisian ini untuk membuat video untuk menerangkan tentang sesuatu eksperimen yang akan dijalankan.Dengan ini pelajar akan lebih mudah untuk memahami tentang prosedur yang perlu dipatuhi semasa menjalankan eksperimen berkenaan.

0 comments:


Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Flowers and Decors. Powered by Blogger