Sunday, October 25, 2009

Sebagai Pelajar

Kehidupan sebagai seeorang pelajar memberikan pengalaman yang cukup bererti buat setiap insan yang telah atau sedang melalui salah satu episod kehidupan ini.Cabaran dan dugaan yang ditempuhi bukan sesuatu yang mudah untuk jiwa muda.Ia memerlukan kecekalan serta kesanggupan melakukan pengorbanan yang tinggi demi masa depan yang cerah.
Secara jujurnya menjadi pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI) dan kerjaya sebagai seorang guru bukanlah impian saya pada awalnya.Tetapi takdir Tuhan tidak mampu dilawan dan Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.Menerima seadanya dan menjalani kehidupan sebagai pelajar jurusan sains kimia di universiti ini memberikan saya sesuatu yang menyeronokkan.Ia telah memberikan saya suatu pengalaman yang berbeza berbanding di zaman sekolah mahupun di zaman matrikulasi.
Sebagai seorang pelajar tentunya saya mahukan pencapaian yang cemerlang supaya suatu hari nanti orang sekeliling tidak akan memandang rendah kepada saya.Sebelum melangkahkah kaki meninggalkan universiti yang indah ini, saya akan:

1)mendapat pointer 3.75 dan ke atas setiap semester....insyaAllah
2)menimba sebanyak mungkin ilmu sebelum bergelar seorang guru tidak kira sama ada
ilmu sains ataupun ilmu-ilmu lain yang pastinya sangat berguna apabila saya
bergelar guru kelak.

0 comments:


Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Flowers and Decors. Powered by Blogger