'Smartboard' merupakan teknologi canggih yang diperkenalkan untuk memudahkan guru dalam menyampaikan isi pelajaran kepada pelajar.Penggunaan smartboard telah diajar oleh pensyarah Cik Asmayati Yahaya.Penggunaan smartboard dilihat dapat menggantikan penggunaan papan putih atau papan hitam yang biasa digunakan di sekolah-sekolah pada zaman sekarang.Melalui penggunaan smartboard, guru tidak perlu memadam isi pelajaran yang ditulis di papan smartboard sebaliknya isi-isi pengajaran tersebut boleh disimpan untuk rujukan guru mahupun pelajar.Penggunaan smartboard juga dilihat dapat menyelesaikan masalah penggunaan ruang yang terhad untuk menulis di papan putih semasa mengajar.Selain itu, guru juga dapat merekodkan sesi pengajaran yang telah berlaku dengan menggunakan perisian yang terdapat di dalam teknologi ini.Tambahan lagi, guru juga tidak perlu risau tentang penggunaan pen'marker' atau kapur kerana untuk menulis pada smartboard, penggunaan jari atau apa-apa sahaja juga dibenarkan.
Sunday, October 25, 2009
SMARTBOARD
Posted by siti nazila at 11:09 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment